fbpx

300 sertai Kayuhan Santai Naib Canselor UniMAP 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
R BADLISHAH (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Adiq Husainie (kiri) sebagai tanda penghargaan mengambil bahagian dalam program kayuhan santai UniMAP di Arau semalam.

 

KUALA LUMPUR – Seramai 300 peserta telah mengambil bahagian dalam program Kayuhan Santai Naib Canselor (KSNC2020) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berlangsung di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau semalam.

Lebih menarik, kayuhan yang julung kali dianjurkan itu turut meyaksikan penampilan istimewa bekas jaguh lumba basikal lebuh raya negara, Adiq Husainie Othman dalam acara kayuhan lebuh raya 70 kilometer (km).

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, KSNC2020 yang mempertandingkan dua kategori, kayuhan santai 30km dan kayuhan lebuh raya 70km itu bertujuan mengeratkan hubungan antara seluruh warga UniMAP.

Menurutnya, ia juga sebagai simbolik perpindahan keseluruhan operasi pentadbiran UniMAP ke kampus induk melalui penempatan di Bangunan Canselori yang siap diduduki pada Mac lalu.

“Sebelum ini, operasi pentadbiran UniMAP yang merangkumi Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari beroperasi secara teragih di seluruh Kangar.

“Sementara menunggu perasmian Bangunan Canselori yang masih tertangguh ekoran pandemik Covid-19, pelepasan peserta KSNC2020 dibuat di perkarangan bangunan Canselori dan dilihat sebagai alternatif terbaik untuk memaklumkan perpindahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup dan penyampaian hadiah cabutan bertuah di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, Arau semalam.

Selain mendapat penyertaan yang ramai, KSNC2020 turut menerima tajaan daripada pelbagai pihak termasuk basikal, aksesori berbasikal, mesin urutan dan hamper serta minuman kesihatan.

Sementara itu, Adiq Husainie mengakui penyertaannya sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduannya dalam sukan berbasikal lebuh raya selepas bersara tahun lalu memandangkan dia secara kebetulan berada di Kedah atas urusan keluarga.

“Walaupun pertandingan secara santai tetapi saya akui, rata-rata peserta bagi kategori 70km termasuk Prof. R Badlishah sendiri memiliki stamina yang tinggi,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI