fbpx

20 rumah di Kulim dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM melakukan pemantauan bersama  penduduk yang terlibat dalam kejadian banjir kilat di Kampung Terap Batu 12, Kulim malam tadi.

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Kira-kira 20 buah rumah di Kampung Terap Batu 12, di sini dilanda banjir kilat selepas air Sungai Terap melimpah ekoran hujan lebat selama lebih dua jam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam  Malaysia (APM) Daerah  Kulim, Leftenan (PA) Mohd. Fadhil Fahmi Zaini berkata, seramai 60 mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.

“Setakat pukul 11 malam tadi, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka kerana keadaan banjir cepat surut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, rumah penduduk mula dinaiki air selepas hujan lebat selama lebih dua jam sejak pukul 4 petang semalam menyebabkan sungai dan air dari kawasan bukit melimpah ke kawasan rendah.

“Paras air sungai meningkat dengan cepat iaitu kira-kira satu meter sebelum melimpah,” ujarnya.

Jelas beliau, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu kira-kira pukul 9 malam tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI