fbpx

YouTuber lega, harap pindaan tiada syarat ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna media sosial termasuk YouTube bebas menghasilkan dan memuat naik rakaman video. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pembikin video di media sosial menyambut baik penjelasan kerajaan berhubung keperluan mendapatkan Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Pengambaran oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Seorang YouTuber dikenali dengan nama Elmi#malaysia berkata, pengumuman kerajaan bahawa orang ramai bebas untuk menghasilkan dan memuat naik rakaman video di platform media sosial tanpa perlu memohon lesen amat melegakan.

“Bagaimanapun, saya berharap Akta Finas 1981 (Akta 244) yang mahu dipinda kelak menyenangkan semua pihak.

“Saya juga berharap pindaan itu kelak jangan sampai ia menyukarkan YouTuber,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! di sini semalam.

Elmi#malaysia berkata, se­jajar dengan pengumuman itu juga beliau berharap tiada lagi pihak menggembar-gembur isu tersebut selepas penjelasan mengenainya dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu, Editor laman YouTube Pandu Laju, Gan Yong Li berkata, sekiranya kerajaan tetap berhasrat mengenakan lesen ke atas Youtuber, ia perlu dilakukan secara berperingkat dengan syarat yang kurang ketat.

Katanya, tidak adil Youtuber tempatan yang beroperasi secara kecil-kecilan dikenakan bayaran dan syarat sama dengan organisasi besar.

“Isu ini timbul disebabkan dokumentari Al Jazeera. Mungkin pindaan akta yang bakal dilakukan hanya menjurus kepada kandungan ­vi­deo,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI