BATU PAHAT – Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat berjaya menangkap seekor ular tedung dewasa dalam kejadian di sebuah rumah beralamat di Batu 7, Jalan Tanjung Labuh di sini pagi hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 11.07 pagi itu, penghuni rumah berkenaan menyedari kehadiran reptilia sepanjang tiga meter itu menyusur memasuki halaman sebelum bersembunyi di dalam enjin kereta Perodua Myvi miliknya.
Komander Operasi BBP Batu Pahat, Omar Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera bersama tujuh anggota.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati ular tedung berada di dalam enjin kereta tersebut.
“Anggota kita menggunakan kepakaran mengeluarkan ular tedung tersebut dengan menggunakan alat penjerut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ayob berkata, haiwan berbisa itu kemudiannya dilepaskan ke habitat asal yang jauh daripada kawasan kediaman penduduk.
Katanya, operasi ditamatkan pada pukul 11.55 pagi. – K! ONLINE