Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
SHAH ALAM – Seekor ular sawa batik seberat dua kilogram (kg) berjaya ditangkap di sebuah taman tema di Seksyen 7 di sini pagi tadi.
Kehadiran reptilia berukuran satu meter itu disedari pukul 8.04 pagi oleh orang awam.
Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Norfarah Adila Assary berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati ular tersebut sedang melingkar di kawasan lapang di dalam taman tema tersebut.
“Kami mengambil masa selama lima minit menangkap ular tersebut menggunakan peralatan khas.
“Ular tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor untuk tidak lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE