fbpx

Pavithra tolak anugerah, mahu pulangkan ikon MBI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pavithra (kanan) dan suaminya, Sugu menunjukkan tanda bagus ketika ditemui selepas membayar wang jaminan di Mahkamah Sesyen Ipoh semalam.

IPOH – Pasangan YouTuber masakan terkenal, S. Pavithra, 28, dan suaminya, M. Sugu, 29, tidak mahu sebarang anugerah diberikan kepada mereka kerana menyifatkan masih terlalu awal selain tidak la­yak menerima pengiktirafan.

Menurut Pavithra, dia dan suaminya hanya YouTuber kecil yang baru sahaja berjinak-jinak dalam menghasilkan video buat tontonan orang ramai.

“Kami baru sahaja bermula dengan YouTube dan masih kecil jika dibandingkan dengan YouTuber lain di luar sana yang telah menghasilkan banyak video yang mendapat tontonan tinggi. Masih ramai lagi YouTuber yang layak diberikan anugerah.

“Status ikon yang diberikan kepada kami juga akan dipulangkan dan selepas ini kami mahu fokus kepada rancangan masakan sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah di sini semalam.

Sebelum ini, Pavithra dipilih sebagai Ikon Bandaraya Ipoh oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Sementara itu, Pavithra memberitahu, dia sudah memaafkan suaminya atas apa yang berlaku sebelum ini sehingga mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat mereka.

Katanya, dia mahu melupakan kejadian itu dan fokus kembali kepada kehidupannya selain meneruskan semula program masakannya di YouTube.

“Ini semua masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.

“Kami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa,” jelasnya.

Tambah Pavithra, dia memohon orang ramai agar terus memberikan sokongan kepada mereka selepas ini di saluran YouTube Sugu Pavithra. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI