fbpx

Padah selit pistol tembak cicak pada pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar seorang penunggang motosikal menyelit sepucuk pistol tiruan pada belakang badan tular di media sosial semalam.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditahan polis awal pagi tadi selepas gambarnya menyelitkan sepucuk pistol tiruan pada pinggang di belakang badan sambil menunggang motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini tular di media sosial sejak semalam.

Lelaki yang berusia 35 tahun itu diberkas di pos pengawal keselamatan sebuah kondominium di Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini kira-kira pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tangkapan itu dibuat selepas polis melihat gambar berkenaan yang dimuat naik seorang pengguna Facebook petang semalam.

Menurutnya, polis menahan pengawal keselamatan itu yang mempunyai rekod kes dadah dan jenayah lain ketika berada di tempat kerjanya.

“Siasatan lanjut mendapati, senjata tersebut adalah sepucuk pistol tiruan atau pistol tembak cicak yang dibelinya pada harga RM70 di sebuah kedai runcit di Tanjung Tokong pada Mei lalu.

“Tujuan dia menyelit pistol pada belakang badan semasa menunggang adalah kerana suka-suka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI