fbpx

Kuching diisytihar zon merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INFOGRAFIK yang dikeluarkan CPRC menunjukkan daerah Kuching dikategorikan sebagai zon merah.

PUTRAJAYA – Daerah Kuching di Sarawak dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes setakat 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, hospital kluster Sentosa turut ditutup kepada orang awam manakala semua kakitangan pusat perubatan itu dikuarantin di dalam hospital berkenaan.

“Empat lagi kes baharu di hospital kluster Sentosa. Hospital ini telah ditutup kepada orang awam. Semua kakitangan dikuarantin dalam hospital.

“Pengesanan kontak rapat juga telah dan sedang dijalankan. Sebanyak 677 individu telah disaring dan diuji manakala 657 masih menunggu keputusan.

“Kuching, Sarawak telah menjadi zon merah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kes jangkitan baharu Covid-19 di dalam negara mencatatkan 23 kes hari ini iaitu paling tinggi sejak 16 Jun lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI