BIARPUN popular, namun ironi kebanyakan artis Korea Selatan pernah melalui pelbagai kisah mencabar dalam kehidupan mereka.
Tidak terkecuali anggota Miss A, Jia yang mendedahkan pernah menderita tumor selain terpaksa menjalani pembedahan sendirian.
“Saya teringat kisah yang menyedihkan. Suatu ketika dahulu, ketika mula-mula bergelar artis, saya pernah menjalani pembedahan berseorangan untuk membuang tumor,” katanya yang tidak mendedahkan sama ada tumor itu adalah kanser atau tidak.
Penyanyi yang berasal dari China itu juga berkata, dia terpaksa merahsiakan perkara itu daripada kedua-dua orang tuanya kerana tidak mahu mereka berasa bimbang.
“Saya hadapinya seorang diri dan menangis,” ujarnya yang memberitahu ibunya tentang perkara itu selepas sembuh.