fbpx

330 individu ditahan ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 330 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 23 individu direman, 304 individu dikenakan kompaun manakala tiga lagi dijamin.

“Kesemua mereka terlibat dalam aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, 11 warganegara asing turut ditahan atas kesalahan imigresen ketika sekatan jalan raya Operasi Benteng, semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI