fbpx

23 kes positif, dua kluster lagi dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes penularan dalam negara terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan sebanyak 17 kes daripada keseluruhan 23 kes baharu jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 10 daripada kes tempatan itu adalah warganegara dengan lapan kes direkodkan di Sarawak dan dua kes di Johor, manakala tujuh lagi bukan warganegara.

Beliau berkata, enam lagi adalah kes import melibatkan empat warganegara dan dua bukan warganegara yang pulang dari Rusia, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Pertambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 8,884 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 167.

“Dua kluster baharu turut dikesan melibatkan sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor dan sebuah syarikat pembinaan di Kuching, Sarawak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI