fbpx

United tenang buru slot UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENWOOD (kiri) menyelamatkan maruah United apabila meledak gol penyamaan ketika pasukan itu terikat 1-1 pada aksi di Old Trafford awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Manchester United berpeluang menjamin slot ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan jika berjaya mengelak daripada tewas kepada Leicester City pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power, Ahad ini.

Walaupun sekadar seri 1-1 dengan West Ham United di Old Trafford awal pagi semalam, ia tidak menjejaskan peluang The Red Devils yang kini berjaya me­lonjak ke tangga ketiga liga.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer gembira dengan situasi yang dilalui skuad bimbingannya untuk bergelar empat pasukan terbaik EPL selepas prestasi terumbang-ambing dipamerkan pada awal saingan musim ini.

“Usaha para pemain sejak saingan liga kembali berlangsung berjaya menuai hasil yang baik. Kami benar-benar dahagakan mata demi mata dalam setiap perlawanan.

“Sudah tentu kami mahu menang dengan menjaringkan tiga atau lima gol seperti sebelum ini tetapi kami tidak boleh menjangka akan berlaku pada setiap hari.

“Kami sekarang ada peluang terbaik untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas,” katanya.

United terlebih dahulu ke­tinggalan menerusi kesilapan Paul Pogba menampan bola menggunakan tangan sekali gus menghadiahkan sepakan penalti kepada West Ham yang disempurnakan oleh Michail Antonio pada minit ke-45.

Bagaimanapun, bintang muda berusia 18 tahun United, Mason Greenwood menyelamatkan maruah skuad bimbingan Solskjaer apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-51.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI