fbpx

Perez berkorban demi Vettel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREZ sedar masa depannya bersama pasukan Racing Point terumbang-ambing selepas timbul desas-desus tempatnya bakal digantikan oleh Vettel. – AFP

BUDAPEST – Pelumba Racing Point, Sergio Perez mengakui bersedia menjadi ‘korban’ andai pasukan itu menandatangani khidmat bekas juara dunia empat kali, Sebastian Vettel untuk mengharungi saingan Formula Satu (F1) musim depan.

Sebagai rekod, Vettel yang sah mengundur diri selepas kontraknya bersama Ferrari tamat penghujung musim ini telah mengadakan perbincangan de­ngan Racing Point yang akan dijenamakan secara rasmi sebagai pasukan Aston Martin F1 tahun depan.

Susulan itu, Perez dan rakan sepasukannya, Lance Stroll yang masih memiliki kontrak sehingga tahun 2021 pasti akan ditamatkan khidmat seorang daripada mereka jika Vettel sah sertai pasukan itu tahun depan.

Perez berkata, persoalan bahawa siapa yang akan disingkirkan bukanlah masalah besar buat pengurusan kerana sedar kedudukan dan status yang dimiliki oleh Lance sebagai anak kepada pemilik pengerusi Aston Martin, Lawrence Stroll.

“Saya sudah tahu siapa yang akan ditamatkan kontrak oleh pasukan jika benar mereka menandatangani Vettel pada tahun depan. Jika anda seorang ayah (Lawrence), anda tidak akan menyingkirkan anak anda (Lance) dan situasi ini adalah jelas.

“Tidak banyak yang boleh saya katakan kerana saya masih lagi terikat dengan kontrak bersama pasukan sehingga tahun depan meskipun terdapat klausa yang boleh ditebus pada bila-bila masa,” katanya.

Difahamkan, pelumba berusia 30 tahun dari Mexico itu tidak mempunyai masalah jika disingkirkan Racing Point ke­rana sudah mendapat tawaran daripada pasukan Alfa Romeo tahun depan. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI