fbpx

Pemuda dikhuatiri lemas terjatuh bawah Jambatan P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETA lokasi kejadian seorang kaki pancing dikhuatiri lemas semasa memancing di tiang 32, bawah Jambatan Pulau Pinang di sini pagi tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seorang kaki pancing dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika memancing di tiang 32, Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai di sini pagi tadi.

Mangsa, Y. Gananaphan , 27, dilaporkan terjatuh oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) negeri, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian berlaku dari anggota bertugas di Balai Polis Perai.

Menurutnya, mangsa yang tinggal di alamat Jalan Taman Mewah, Butterworth itu dilaporkan kali terakhir dilihat memakai baju-t berwarna kelabu dan berseluar pendek sebelum kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan melibatkan anggota APMM, bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI