fbpx

Mee Kari Merdeka Garden Ipoh bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PREMIS makanan Mee Kari Merdeka Garden Ipoh bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan premis makanan, Mee Kari Merdeka Garden Ipoh bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jakim dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebooknya berkata, semakan yang dibuat terhadap Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mendapati premis itu bukan pemegang SPHM.

Menurutnya, dakwaan yang menyatakan pihak JAIPk mengesahkan premis atau produk mee kari tersebut haram adalah tidak benar malah, tiada isu penyalahgunaan logo halal yang dilakukan oleh pihak berkenaan.

“Ramai pengguna mula menularkan mesej yang mendakwa Mee Kari Merdeka Garden Ipoh disahkan haram oleh JAIPk kerana menggunakan ramuan tulang babi dalam kandungan kuah kari mereka,” katanya.

Justeru, katanya, masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dan merujuk pihak berkuasa agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara.

Menurutnya lagi, pengguna juga digalakkan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki SPHM yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

“Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM boleh layari Portal Halal Malaysia di  www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi  telefon pintar SmartHalal,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung Mee Kari Merdeka Garden Ipoh yang didakwa menggunakan tulang babi dalam ramuan kuahnya beserta sekeping gambar kiosk mee kati berkenaan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI