fbpx

Lelaki seludup 15 ekor lembu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditahan sewaktu sedang menyeludup 15 ekor lembu bernilai RM78,500 dari negara jiran di Kampung Rahmat dekat Rantau Panjang kelmarin.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pasukan Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pukul 6.40 petang sewaktu menjalankan Op Benteng.

Panglima 8 Briged, Brig Jen Zamsari Abu Hasan berkata, anggota yang bertugas terdengar bunyi percikan air dari Sungai Golok sewaktu menjalankan operasi di kawasan tersebut.

Jelasnya, anggota itu menghampiri kawasan sungai sebelum melihat tiga lelaki sedang mengheret 15 ekor lembut untuk dibawa masuk ke sempadan negara.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa ketiga-tiga lelaki itu bertindak melarikan diri namun seorang daripada mereka berjaya ditahan.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kesemua haiwan itu diseludup lebih awal sebelum tiga individu lelaki terbabit mengambilnya di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zamsari, lelaki itu bersama dua buah motosikal jenis Honda dibawa ke Balai Polis Lalang Pepuyu untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, lembu yang diseludup itu juga kemungkinan untuk dijual di negara ini berikutan harganya lebih murah jika dibeli dari negara jiran.

“Rampasan penyeludupan lembu itu dijangka akan berulang dalam tempoh terdekat berikutan sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

“Semua 15 ekor lembu itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Rantau Panjang untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, sehubungan dengan itu, penduduk tempatan diminta terus menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan penyeludupan ke negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI