fbpx

Dua ditahan palsukan dokumen tuntutan Perkeso RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu disyaki terlibat dalam kes pemalsuan dokumen bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membabitkan nilai lebih RM100,000.

Sumber berkata, suspek yang berusia 50 dan 58 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan kira-kira pukul 2 petang tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai menjadi ejen sindiket pemalsuan ke atas laporan perubatan Orang Berinsurans (OB) bagi membolehkan pampasan bayaran terhadap permohonan tuntutan Hilang Upaya Sementara, Hilang Upaya Kekal dan Pencen Ilat kepada agensi tersebut.

“Ini merupakan kes ketiga dalam tempoh lebih kurang tiga minggu yang melibatkan enam tangkapan berhubung sindiket penipuan pampasan Perkeso,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI