fbpx

Arsenal terdesak kekalkan Aubameyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG berjaya mengekalkan prestasinya sebagai penyerang biarpun Arsenal gagal berada pada kedudukan terbaik musim ini. – AFP

LONDON – Arsenal dilaporkan sedang menyiapkan kontrak baharu kepada penggempur utamanya, Pierre-Emerick Aubameyang yang menyaksikan pemain itu bakal menerima gaji mingguan sebanyak £250,000 (RM1.35 juta).

Aubameyang mempamerkan aksi cemerlang bersama The Gunners selepas berpindah dari Borussia Dortmund pada Januari 2018 apabila meledak 66 gol daripada 107 penampilan.

Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu hanya memiliki baki setahun sahaja lagi kontrak dan masih belum menerima tawaran rasmi daripada Arsenal untuk terus kekal di Emirates.

Laporan menyebut, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengarahkan pihak pengurusan menyelesaikan isu Aubameyang secepat mungkin kerana pemain itu berada dalam perancangannya musim depan.

Kontrak baharu yang bakal ditawarkan kepada Aubame­yang itu menyaksikan dia me­nerima kenaikan gaji yang tidak begitu ketara apabila pendapatan semasanya adalah seba­nyak £198,000 (RM1.07 juta) dan masih jauh ketinggalan ber­ban­ding Mesut Ozil yang merupakan penerima gaji tertinggi sebanyak £350,000 (RM1.89 juta) seminggu.

Arsenal sangat berharap tawaran itu mampu melembutkan hati Aubameyang yang mungkin enggan kekal di London ekoran kegagalan pasukan itu mara ke saingan Eropah musim depan.

Ia ekoran prestasi buruk Arsenal musim ini sehingga menyebabkan The Gunners hanya mampu mengakhiri saingan musim ini di kedudukan kelapan hingga ke-10 ketika berbaki satu lagi perlawanan.

Penyerang antarabangsa Gabon itu berjaya meledak 20 gol musim ini dan mampu mengatasi pencapaian terbaik dengan 22 gol musim lalu jika berjaya meledak hatrik pada aksi terakhir menentang Watford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI