fbpx

APMM tahan bot tanpa nombor pendaftaran, lima kru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM negeri menahan sebuah bot kelas A di perairan Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan pada kedudukan 0.5 batu nautika dari barat laut Pulau Tikus dekat sini selepas disyaki menggunakan kru warga asing semalam.

Pengarah APMM negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot tempatan kelas A itu diperiksa kira-kira pukul 3 petang ketika melakukan rondaan Op Pertiwi di sekitar perairan negeri ini.

“Seorang tekong lelaki warga tempatan berumur 37 tahun serta seorang lelaki warga tempatan bersama empat awak-awak dipercayai etnik Rohingya berumur di antara 19 hingga 33 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

“Tekong dan lima awak-awak serta bot termasuk dua pukat hanyut, tiga tong ikan, satu motor penarik pukat dan peralatan-peralatan lain berada di atas bot dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan bot berkenaan tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Sementara itu, beliau meminta orang awam melaporkan sebarang kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim negeri di talian 04-2626146 atau 04-2643650. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI