fbpx

Ahmad Maslan gagal gugur 2 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan gagal dalam permohonannya untuk menggugurkan dua pertuduhan yang dihadapi berhubung wang yang diperoleh sebanyak RM2 juta dan keterangan palsu  di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas berpuas hati permohonan yang dibuat bekas Timbalan Menteri Kewangan pada 11 Februari lalu itu adalah bersifat pramatang.

“Mahkamah turut mendapati pertuduhan yang dihadapi pemohon (Ahmad) juga adalah berasas dan tidak cacat,” katanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan Zakaria manakala peguam, Hamidi Mohd. Noh mewakili Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad, 54, didakwa menerima wang itu daripada Najib, yang dipercayai sebagai hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad pada hari yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim pada 30 April 2014.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad dituduh memberi penyataan palsu kepada SPRM ketika percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal, berhubung isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen di sini antara pukul 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI