PUTRAJAYA – Seramai 2,108 pendatang tanpa izin (PATI), 572 tekong serta 126 penyeludup ditahan menerusi Operasi Benteng sejak 1 Mei lepas hingga semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pihak berkuasa juga menahan 54 bot dan 156 kenderaan yang terlibat dalam percubaan menceroboh sempadan negara.
“Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 67 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 34,972 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin terutamanya di lorong tikus dan berjaya menahan 10 warganegara asing atas kesalahan imigresen,” katanya. – K! ONLINE