fbpx

1,243 rakyat Malaysia diperintah kuarantin wajib di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Seramai 1,243 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air semalam diperintah menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 dari China, Indonesia, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Singapura, Kemboja, Jepun, Laos, Belanda, India dan Korea.

“Sehingga semalam, seramai 1,244 orang rakyat Malaysia pulang ke tanah air.

“Seramai 1,243 individu diperintah menjalani proses kuarantin wajib di rumah manakala seorang telah dibawa ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan telah membuat saringan ke atas 24,701 individu di pintu masuk KLIA dari 10 Jun hingga 23 Julai lalu.

“Daripada jumlah ini, 24,621 individu didapati negatif Covid-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

“80 individu lagi didapati positif dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI