fbpx

Rokok seludup RM14.45 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN rokok seludup yang dirampas di Pelabuhan Labuan, Sabah pada 10 Julai lalu.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melumpuhkan cubaan penyeludupan rokok rentas sempadan bernilai RM2.24 juta membabitkan 20.4 juta batang rokok.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata, cubaan penyeludupan berjaya dipatahkan menerusi penahanan dua buah kontena berukuran kira-kira 12.2 meter di Pelabuhan Labuan pada 10 Julai lepas.

Beliau berkata, penahanan kontena dilakukan oleh pegawai Unit Siasatan Dalaman Zon Sabah dan hasil pemeriksaan awal ke atas kedua-dua kontena menjumpai rokok berjenama disyaki barang larangan atau barang belum lulus kastam dengan duti cukai sebanuak RM14.45 juta.

“Kedua-dua kontena tiba di Pelabuhan Labuan pada 9 Julai lalu. Pemeriksaan ke atas Borang Kastam 1 (Import), Dokumen Perkapalan dan Daftar Muatan Kapal menunjukkan dagangan di dalam dua kontena tersebut diikrar sebagai rokok dan diimport dari salah sebuah negara di Asia Tenggara.

“Siasatan awal mendapati syarikat pengimport tidak mempunyai Lesen Import yang diluluskan Ketua Pengarah Kastam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Johari berkata, dengan penahanan kontena itu, dua buah syarikat dan seorang ejen kastam dikenal pasti menguruskan ikrar dagangan dalam kontena itu.

“Beberapa individu lain disyaki terlibat juga telah dikesan untuk membantu siasatan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah,” katanya.

Katanya, kes tersebut sedang disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Peraturan-Peraturan Kastam 2019. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI