fbpx

Penganjur karnival Aidiladha dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan wakil KKM melakukan pemantauan di sebuah bazar Aidiladha di Kepala Batas, Seberang Perai malam tadi.

SEBERANG PERAI – Gara-gara tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), penganjur sebuah karnival Aidiladha di Bertam Perdana, Kepala Batas di sini dikompaun RM1,000 dalam satu operasi malam tadi.

Operasi kira-kira pukul 10.30 malam itu dijalankan oleh polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan pegawai dari Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil pemantauan tersebut mendapati penganjuran karnival itu tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Antara kesalahan yang dikesan seperti tiada laluan khas keluar masuk, tidak mengambil bacaan suhu, tiada catatan pengunjung, tiada penjarakan sosial dan tidak mengawal jumlah pengunjung.

“Penganjur iaitu lelaki berusia 48 tahun telah diberi penerangan oleh pihak KKM berkaitan SOP yang perlu dipatuhi selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selain dikompaun RM1,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI