fbpx

Nestle guna 100 peratus straw kertas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARANOLS bersama April (kanan) menunjukkan straw kertas untuk pek minuman milo.

 

KUALA LUMPUR – Nestle Malaysia akan menggunakan 100 peratus straw kertas untuk seluruh rangkaian minuman Ultra-High Temperature Processing (UHT) keluarannya menjelang akhir tahun ini.

Langkah tersebut akan menghentikan penggunaan 200 juta straw plastik setahun, sejajar dengan ikrar global Nestle bagi menjadikan pembungkusannya 100 peratus boleh dikitar semula menjelang 2025.

 

SEBAHAGIIAN daripada produk minuman keluaran Nestle.

 

etua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Bhd., Juan Aranols berkata, pihaknya mula memperkenalkan straw kertas untuk pek Milo UHT 125 mililiter (ml) dan Milo Nutri Pluz tahun lalu.

“Kami akan meneruskan langkah ini bagi meliputi seluruh produk UHT sedia diminum dengan proses peralihan dijangka selesai menjelang akhir 2020.

“Sehingga kini, 90 peratus daripada pembungkusan keseluruhan Nestle Malaysia sudah pun direka untuk kitar semula,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia Diminum Nestle Malaysia, April Wong berkata, pertukaran kepada straw kertas akan memberikan pengalaman yang sedikit berbeza kepada pengguna, memandangkan ramai yang biasa menggunakan straw plastik.

“Straw kertas baharu ini memenuhi keperluan kualiti yang sangat ketat.

“Kami memastikan ia dibeli daripada sumber bertanggungjawab dan benar-benar selamat untuk digunakan,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI