fbpx

Nenek didakwa miliki pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sa’adah (kiri) dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memiliki 125 pil kuda.

MARANG – Seorang nenek yang memiliki 15 cucu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memiliki 125 pil kuda Ahad lalu.

Tertuduh, Sa’adah Ali, 63, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nur Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memiliki 125 pil dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 18.43 gram.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Batangan di sini pada pukul 1 pagi, 19 Julai lalu.

Sa’adah didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan wajib tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Engku Nur Ain membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM5,000 dan seorang penjamin. Sa’adah membayar wang jaminan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Pe­­gawai Pendakwa, Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwa­kili peguam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI