fbpx

Nama Han So-hee busuk kerana hutang ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Han-So-Hee

KETIKA popularitinya sedang memuncak, tiba-tiba sahaja nama pelakon Han So-hee terlibat dengan kontroversi hutang membabitkan ibunya baru-baru ini.

Terdahulu, ibu kepada pelakon drama The World of The Married Couple itu dikatakan telah berhutang dengan seorang individu sebanyak 40 juta won (RM141,703).

Terkesan dengan pendedahan berkenaan, So-hee, 25, tampil menjelaskan keadaan menerusi blognya.

“Sewaktu berusia lima tahun, ibu bapa saya bercerai. Saya dibesarkan oleh nenek. Ketika berumur 20 tahun, barulah saya tahu dia banyak berhutang.

“Saya telah membayar hutangnya semampu mungkin sebelum bergelar artis. Tetapi tidak sangka, dia sebenarnya mempunyai banyak lagi hutang lain yang lebih besar dengan menggunakan nama saya,” tulisnya.

Sangkaan So-hee, meleset kerana selepas membantu membayar hutang tersebut, tabiat ibunya yang suka berhutang semakin parah.

“Saya mohon maaf kepada semua yang terkesan. Tiada perkataan lain mampu saya katakan untuk membuatkan anda berasa lega. Saya benar-benar minta maaf,” akuinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI