fbpx

Marquez benar-benar ‘baby alien’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ yang mengalami kecederaan patah lengan kanan Ahad lalu mungkin akan turun pada perlumbaan di GP Andalusia hujung minggu ini.

BARCELONA – Juara bertahan MotoGP, Marc Marquez bakal melakukan ujian kecergasan sebelum diberi lampu hijau untuk beraksi pada Grand Prix (GP) Andalusia yang akan berlangsung di Litar Jerez, Ahad ini.

Marquez yang mewakili pasukan Repsol Honda mengalami kecederaan patah lengan kanan  pada saingan pembukaan MotoGP di GP Sepanyol minggu lalu akibat kemalangan sebelum menjalani pembedahan segera pada Selasa lalu.

“Selepas selesai operasi pembedahan pada Selasa, Marquez kembali menyertai pasukan hari ini,” kata Honda menerusi laman Twitter rasmi mereka hari ini.

Malah, laman rasmi MotoGP turut mengesahkan bahawa pelumba berusia 27 tahun yang juga juara dunia tujuh kali itu berharap dapat diturunkan oleh pasukan tetapi segalanya bergantung pada ujian perubatan yang akan dilakukan sebelum sesi ujian bebas GP Andalusia malam ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI