fbpx

Lelaki Rohingya direman, cuba sogok polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI Rohingya (tengah) direman di Mahkamah Seremban di sini hari ini selepas cuba memberi rasuah kepada anggota polis.

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

SEREMBAN – Seorang lelaki Rohingya ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana cuba menyogok sebanyak RM50 kepada seorang anggota polis.

Ia sebagai dorongan untuk tidak disoal siasat kerana melindungi warga asing tanpa izin.

Pemohonan reman dibuat pegawai penyiasat SPRM, Mohd. Zabir Sharif di hadapan Pendaftar Mahkamah, Nurharyatie Mohd. Saini.

Nurharyatie kemudiannya membenarkan suspek yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) direman lima hari bermula hari ini.

Menurut sumber SPRM, lelaki itu cuba merasuah Sarjan Mejar Khairol Sabri Abdul Manan supaya tidak disoal siasat kerana melindungi rakan senegaranya yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah ladang di Kampung Angga Bisa, Senaling, Kuala Pilah pada pukul lebih kurang 10.50 pagi semalam.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan polis sebelum diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI