fbpx

Kedai runcit jual makanan tiada label dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Wazir menunjukkan sebahagian produk makanan tamat tempoh yang dirampas di salah sebuah kedai ketika operasi di Kepala Batas, Seberang Perai hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan sebanyak 21,600 kompaun bernilai kira-kira RM5,500 terhadap lebih 40 item berkaitan makanan hasil pemeriksaan terhadap beberapa buah premis khususnya kedai runcit di sekitar Kepala Batas di sini hari ini.

Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM, Mohd. Wazir Khalid berkata, antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada label atau tanda harga pada produk serta tempat penyimpanan stok bekalan makanan yang kotor dan tidak sesuai.

Pada masa yang sama katanya, terdapat juga pemilik atau pengusaha premis tersebut yang dikenakan tindakan kerana masih menjual produk makanan yang tamat tarikh luput atau tiada alamat pengeluar dan pengilang.

“Hasil pemeriksaan kami juga mendapati, ada kedai-kedai tersebut yang lebih gemar menggaji pekerja asing berbanding pekerja tempatan.

“Walaupun ia (tindakan undang-undang berkaitan pekerja asing) bukan di bawah bidang kuasa kami, namun ia sedikit sebanyak mengganggu kerja-kerja penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada satu operasi di Kepala Batas di sini hari ini.

Selain BKKM, operasi bersepadu itu turut disertai anggota Jabatan Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) serta anggota penguatkuasa Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan jumlah keseluruhan anggota terlibat sekitar 50 orang. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI