fbpx

Juruukur rugi RM23,672.52

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy Mohd. Noor

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang juruukur di Kepala Batas di sini kerugian RM23,672.52 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pinjaman wang peribadi yang tidak wujud semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Norzainy Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ingin membuat pinjaman peribadi sebanyak RM25,000 selepas melihat iklan pinjaman wang oleh pihak yang mendakwa sebuah syarikat berlesen menerusi laman sosial Facebook.

Menurutnya, mangsa berhubung dengan ejen secara dalam talian dan diminta untuk membuat pembayaran proses menerusi transaksi akaun bank yang diberi sebelum dia boleh menerima wang pinjaman yang didakwa sudah diluluskan.

“Bagaimanapun, mangsa sudah menyerahkan wang bayaran proses pinjaman secara berperingkat ke dalam tujuh akaun bank yang diberikan ejen.

“Mangsa hanya menyedari sudah ditipu apabila ejen berkenaan memintanya untuk buat bayaran tambahan.

“Laporan polis kemudiannya dibuat mangsa bagi memudahkan tindakan selanjutnya diambil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes diasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI