fbpx

Ejen Kastam gagal seludup rokok RM2.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahabi (tengah) menunjukan rampasan rokok ketika sidang akhbar di Bangunan Kastam Pelabuhan Klang.

ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Cubaan seorang ejen Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk menyeludup rokok bernilai RM2.6 juta menerusi dua kontena gagal apabila dicekup jabatan itu di Pelabuhan Utara di sini, semalam.

Lelaki berusia 52 tahun ditahan pukul 5.30 petang selepas pemeriksaan terhadap kontena tersebut.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Abdul Wahabi Abdullah berkata, suspek didapati mewakili sebuah syarikat itu yang menguruskan pengikraran import barangan di dalam kontena berkenaan.

“Berdasarkan siasatan mendapati ejen itu membuat pengikraran kononnya kontena itu hanya bermuatan kertas, meja dan beg bagasi.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan menemui sebanyak 23 juta batang rokok seludup bernilai termasuk cukai adalah RM15.4 juta,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam Pelabuhan Utara di sini, hari ini.

Kata Abdul Wahabi, semakan mendapati suspek bekerja sebagai ejen sejak empat tahun lalu.

Beliau menegaskan suspek direman selama tiga hari dan pihaknya kini sedang
seorang wanita berusia 38 tahun yang dipercayai turut sama terlibat bagi membantu siasatan.

“Selain itu, siasatan juga dijalankan bagi mengenalpasti syarikat yang menggaji ejen Kastam tersebut untuk tindakan lanjut,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (g) Akta Kastam 1976 iaitu mengelak larangan import dan Seksyen 74 (1) (e) Akta Eksesais 1976 kerana mengelak duti eksesais,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI