fbpx

Covid-19 resahkan Malaysian Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLTMANS (kiri) mendedahkan bahawa kerajaan Belanda tidak membenarkannya ke negara yang berisiko tinggi Covid-19.

KUALA LUMPUR – Peningkatan kes pandemik Covid-19 di Bangladesh dengan jumlah angka melebihi 200,000 jangkitan menimbulkan kebimbangan menjelang saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Dhaka bermula 17 hingga 27 November ini.

Lebih malang, skuad hoki negara berkemungkinan besar terpaksa menghadapi kejohanan itu tanpa kehadiran ketua jurulatih, Roelant Oltmans jika situasi buruk di negara berkenaan masih berterusan.

“Jujurnya kerajaan saya (Belanda) tidak membenarkan saya ke sana jika keadaan ini tidak berubah dan masih tidak selamat jika dibandingkan dengan Malaysia yang lebih selamat.

“Mungkin saya ada pelan B jika pasukan perlu bersaing tanpa jurulatih tetapi saya tidak boleh mendedahkannya lagi buat masa ini. Tunggu sehingga dapat jawapan jelas,” katanya selepas sesi latihan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Pengendali berusia 66 tahun itu juga menjelaskan, pihaknya masih belum menerima sebarang perkembangan baharu daripada penganjur dan Persekutuan Hoki Asia (AHF) berhubung status kejohanan tersebut.

Menurut Oltmans, keputusan sama ada menunda kejohanan itu ke satu tarikh baharu atau menukar venue ke negara yang lebih selamat.

SKUAD negara mungkin terpaksa beraksi tanpa kehadiran Oltmans sekiranya Kejohanan ACT akan tetap dilangsungkan November ini.

 

Sementara itu, tonggak pertahanan berpengalaman Malaysian Tigers, Muhammad Razie Abd. Rahim berpandangan, skuad negara tidak perlu dihantar menyertai kejohanan di Dhaka jika ia boleh memudaratkan keselamatan pasukan.

“Tak perlu kita hantar pasukan ke sana kalau kes semakin meningkat kerana ia boleh membahayakan kami. Pasukan lebih penting untuk masa akan datang.

“Saya tak pasti kalau kami terpaksa mengharungi tahun ini tanpa kejohanan. Kami sebagai pemain akan mengikut sahaja setiap perancangan jurulatih dan MHC (Konfederasi Hoki Malaysia),” jelasnya.

Sebagai rekod, skuad negara sudah memulakan latihan sejak awal bulan ini sebagai persediaan menghadapi ACT dengan sasaran melangkah ke pentas final kejohanan tersebut. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI