fbpx

Chelsea sudah bosan kerenah Arrizabalaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARRIZABALAGA gagal menepati prestasi yang diharapkan oleh Chelsea menyebabkan dia mungkin terpaksa meninggalkan Stamford Bridge. –AFP

LONDON – Chelsea mengintai peluang untuk menandatangani khidmat penjaga gol utama Barcelona, Marc-Andre ter Stegen dengan menawarkan Kepa Arrizabalaga sebagai pertukaran suka sama suka pada jendela perpindahan musim ini.

Difahamkan, skuad The Blues yang dikendalikan oleh Frank Lampard sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Arrizabalaga yang gagal mempamerkan aksi seperti diha­rapkan sejak ditandatangani dua tahun lalu.

Sebagai rekod, Arrizabalaga merupakan penjaga gol termahal dunia selepas dibeli Chelsea pada tahun 2018 dengan rekod perpindahan sebanyak £71.6 juta (RM387.3 juta) daripada kelab La Liga, Athletic Bilbao.

Kini, Chelsea berharap dapat mencari pengganti Arrizabalaga dengan menyenaraikan Ter Stegen sebagai pilihan No. 1 pasukan sekiranya Barcelona memberi lampu hijau untuk melepaskan penjaga gol antarabangsa Jerman itu.

Kontrak Ter Stegen bersama The Catalan juga hanya berbaki dua tahun yang dijangka tamat pada 2022 sekali gus membuka peluang buat Lampard memancing penjaga gol berusia 28 tahun itu dengan kontrak lumayan.

Andai gagal, Chelsea dilaporkan bersedia untuk mendapatkan khidmat penjaga gol utama Atletico Madrid, Jan Oblak yang mempunyai klausa perpindahan sebanyak £110 juta (RM594.8 juta).
The Blues telah berbelanja besar pada jendela perpindahan musim ini dengan menandatangani khidmat Hakim Ziyech dari Ajax Amsterdam dan penyerang RB Leipzig, Timo Werner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI