fbpx

Budak lelaki hampir buta selepas mata tertusuk skru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar X-ray menunjukkan sebatang skru menusuk ke dalam mata kiri seorang budak lelaki di Khon Kaen, Thailand kelmarin. – THE SUN/VIRAL PRESS

KHON KAEN, Thailand – Seorang budak lelaki nyaris buta selepas mata kirinya tertusuk sebatang skru yang terpelanting akibat terkena bilah sebuah mesin pemotong rumput di sini, lapor portal The Sun kelmarin.

Insiden berlaku semasa bapa mangsa sedang memotong rumput di laman kediaman mereka dan bilah alat pemotong terkena sebatang skru yang dipercayai tersorok di dalam rumput tebal.

Mangsa berumur tiga tahun dibawa ke sebuah hospital dekat sini dan pemeriksaan doktor mendapati skru sepanjang 2.5 sentimeter itu tidak menjejaskan anak mata, retina dan kornea.

Sekumpulan doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan skru tersebut daripada bebola mata anak kecil itu.

Pakar oftalmologi, Tat Sanguansak mengakui dia berasa yakin daya penglihatan pesakit itu akan pulih selepas selesai menjalani rawatan.

“Ada pendarahan teruk pada mata pesakit akibat kemalangan itu. Pesakit kecil ini perlu menjalani rawatan susulan untuk membantunya melihat semula.

“Kami sebenarnya berpuas hati dengan hasil pembedahan. Sekiranya skru tertusuk sedikit lagi di sebelah kiri bebola mata, pesakit ini pastinya hilang penglihatannya,” katanya.

Kanak-kanak tersebut kini ditempatkan di wad klinik Eye Care By Tuss untuk memudahkan pemantauan dan proses pemulihan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI