fbpx

92 PATI diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI yang diberkas dalam lima operasi berasingan di negeri Johor bermula Ahad hingga semalam.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menggagalkan usaha sindiket penyeludupan migran dengan menahan seramai 92 orang suspek termasuk seorang bayi berusia setahun dalam lima operasi berasingan di tiga lokasi berbeza bermula Ahad hingga semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua tangkapan berusia satu hingga 53 tahun terdiri daripada 11 tekong, 79 migran warga Indonesia dan Bangladesh serta dua orang penghantar (transporter).

Katanya, menerusi operasi tersebut, polis berjaya modus operandi baharu yang digunakan sindiket penyeludupan migran ini bagi mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati terdapat suspek yang menaiki kapal besar dan membuat pertukaran menaiki bot pancung di perairan antarabangsa sebelum memasuki perairan negara.

“Satu lagi modus operandi baharu yang dikenal pasti ialah dengan menggunakan homestay sebagai rumah penampungan, seperti satu serbuan yang dibuat di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram pada Isnin lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, dalam serbuan tersebut polis turut merampas tiga bot pancung, Lima enjin bot, 28 unit telefon bimbit, sebuah kereta dan sebuah bas beserta wang tunai pelbagai matawang asing berjumlah RM8,048.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI