fbpx

Teruja dapat jumpa rakan, guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Farisya ketika ditemui di SK Tunku Abdul Rahman di Kuala Nerang, Kedah hari ini.

Oleh NUR ANATI JUHARI

KUALA NERANG – Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Abdul Rahman di sini Nur Farisya Khairulrizan teruja memulakan pembelajaran selepas hampir empat bulan sekolah ditutup.

Menurut Nur Farisya, dia sememangnya menantikan sekolah dibuka semula untuk belajar bersama rakan-rakan.

“Saya lebih suka belajar di dalam kelas kerana ramai kawan, boleh bincang sama-sama,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut di sini hari ini.

Dia ditemui ketika sesi lawatan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Datuk Najmi Ahmad serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Munir Mohamad Yusoff ke sekolah tersebut hari ini.

Seorang bapa, Mohamad Rodwan, 58, pula menyatakan sedikit kerisauan apabila dua anaknya berusia tujuh dan lapan tahun mula bersekolah hari ini.

“Memang sedikit risau tetapi anak-anak saya pula nampak tidak sabar untuk masuk sekolah kerana telah lama bercuti,” katanya.

Ujarnya, dia sentiasa menasihati dua anaknya itu supaya sentiasa menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan ditetapkan sekolah

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Datuk Najmi Ahmad berkata, seramai 122,902 murid tahun satu hingga empat memulakan sesi pembelajaran di sekolah masing-masing hari ini.

“Secara keseluruhan seramai 186,401 murid darjah satu hingga enam di negeri ini telah kembali ke sekolah selepas sekolah ditutup berikutan pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, murid-murid setakat ini dilihat mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dan sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.

“Saya harap sekolah-sekolah dapat terus mematuhi SOP kerana kita masih di fasa pemulihan selain ibu bapa juga perlu memainkan peranan masing-masing,” katanya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI