fbpx

Riezman buru posisi utama penjaga gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIEZMAN sedar persaingan sengit dalam merebut posisi utama penjaga gol skuad B-19 negara.

PENJAGA gol skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Muhd. Riezman Irfan Mustafah enggan mengibar bendera putih dalam perebutan posisi penjaga gol utama meskipun sedar dengan kualiti rakan-rakan pasukan yang lain.

Bagaimanapun, penjaga gol muda daripada pasukan Pahang itu tidak mahu terlalu optimis kerana sedar dengan kualiti tiga lagi penjaga gol yang dipanggil pada kem latihan pusat kali ini.

Kata Riezman, kesemua penjaga gol yang dipanggil bekerja keras untuk memikat barisan jurulatih dengan harapan dapat dikekalkan dalam pasukan pada kem latihan pusat fasa pertama yang akan bermula Ogos depan.

“Cabaran untuk posisi penjaga gol sangat sengit tetapi apa sahaja boleh berlaku dan tidak mustahil dalam bola sepak. Apa yang penting adalah kerja keras dan usaha pada setiap sesi latihan.

“Selain itu, saya turut sedar dua penjaga gol utama pasukan B-19 tahun lalu, Sikh Izhan (Nazrel) dan Firdaus Irman direhatkan daripada kem latihan pusat kali ini dan kemungkinan akan kembali pada panggilan seterusnya.

“Mereka berdua adalah penjaga gol berkualiti dan lebih berpengalaman tetapi segalanya diserahkan kepada jurulatih,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad B-19 di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.

Selain Riezman, tiga lagi penjaga gol yang dipanggil pada kem latihan pusat kali ini adalah Syahmi Adib Haikal Mohd. Syukri (Akademi Mokhtar Dahari), Muhd. Zulhazrizal Mohd. Zuher (Kedah) dan Muhd. Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC). – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI