fbpx

Menyamar sebagai jemaah sebelum mencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan suspek memakai sejadah di atas kepala sebagai telekung sebelum mencuri beg tangan wanita dalam kejadian di Masjid Kampung Melayu, Kulai, Johor.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

KULAI – Menyamar sebagai wanita dengan mengenakan sejadah sebagai telekung sebelum mencuri beg kepunyaan jemaah wanita yang sedang menunaikan solat di masjid.

Itu taktik dilakukan seorang lelaki dimana video memaparkan kejadian itu tular di media sosial, hari ini.

Berdasarkan video berdurasi 1 minit dan 14 saat itu, suspek bertindak memasuki ruang solat jemaah wanita ketika jemaah sedang menunaikan solat.

Suspek kemudian mengambil sejadah dan meletakkannya di bahagian kepala sebelum turut berpura-pura menunaikan solat di belakang mangsa.

Sebaik sahaja mangsa bersujud, suspek terus mencapai dua beg yang berada di antara dua jemaah wanita sebelum cuba melarikan diri.

Tindakan itu disedari seorang mangsa sebelum salah satu daripada beg yang cuba dilarikan suspek tercicir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 7 petang, 18 Julai lalu di Masjid Kampung Melayu, di sini.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI