fbpx

MannGO alternatif baharu perkhidmatan e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu MannGO juga boleh menjana pendapatan tambahan melalui pengiklanan pada kenderaan mereka.

UMUM mengetahui, kepesatan dalam bidang teknologi menyaksikan pelbagai aplikasi dibangunkan bagi memudahkan urusan harian orang ramai. Aplikasi perniagaan pengantaraan (e-hailing) misalnya mampu menyelesaikan urusan seseorang menempah perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke sesuatu destinasi.

Selain memudahkan urusan, aplikasi ini juga dapat membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi pemandu secara separuh masa atau sepenuh masa menggunakan kereta persendirian mereka.

Aplikasi MannGO adalah platform alternatif e-hailing terbaharu yang dibangunkan oleh anak tempatan bagi memberi pilihan kepada pengguna dalam mendapatkan perkhidmatan seumpama itu. Berasaskan perkhidmatan pengangkutan dengan aplikasi elektronik, MannGO memulakan operasinya sejak Januari lalu.

Ketua Operasi MannGO, Tengku Shah Putra Tengku Amirfuddin berkata, syarikat itu mengambil masa hampir lapan bulan dalam melakukan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan aplikasi tersebut.

“Selain memberi pilihan dan pengalaman baharu kepada pengguna e-hailing, aplikasi ini dibangunkan untuk menjaga komuniti pemandu yang menjadikannya sebagai satu kerjaya,” katanya kepada Infiniti baru-baru ini.

Tengku Shah Putra berkata, aplikasi itu dibangunkan oleh bekas pemandu e-hailing sendiri. Justeru, sistem yang diguna pakai diberikan suntikan penambahbaikan berbanding aplikasi-aplikasi sedia ada.

 

Tengku Shah Putra mengambil masa hampir lapan bulan dalam melakukan penyelidikan dan pembangunan aplikasi MannGO.

 

Buat masa ini, MannGO mempunyai 2,000 pemandu yang beroperasi di sekitar Lembah Klang. Ia dijangka diperluas ke Johor dan Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Aplikasi MannGO dibuat agar menjadi lebih mesra pengguna dan pemandu. MannGO boleh boleh dimuat turun di platform Google Play dan Apple Store.

Melalui fungsi MyTrips, pengguna memilih kenderaan dikehendaki dan destinasi yang hendak dituju.

MannGO juga menawarkan perjalanan selamat kerana setiap pemandunya akan menerima peringatan pada aplikasi mereka agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.

Aplikasi pengguna MannGO juga dilengkapi dengan butang ‘SOS’ jika mahu mendapatkan pertolongan.

MannGO turut mempunyai ciri e-dompet yang membolehkan wang dipindahkan daripada perbankan online ke dalam dompet pengguna.

Pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut tidak perlu gusar tentang kadar tambang kerana harganya berpatutan.

Pengguna dapat menikmati komisen sebanyak satu peratus sekiranya mereka memperkenalkan aplikasi tersebut kepada ahli keluarga atau rakan.

“Komisen satu peratus ini akan dimasukkan ke akaun e-dompet pengguna.

“Ini adalah satu cara untuk kami memberi penghargaan kepada para pengguna aplikasi ini,” kata Tengku Shah Putra.

Tambah Tengku Shah Putra, MannGO juga mesra pemandu apabila aplikasi pemandunya turut dihubungkan dengan bengkel kereta jika mengalami kerosakan.

“MannGO sentiasa menjaga kebajikan pemandu-pemandu e-hailing yang menggunakan aplikasi ini.

“Kami bekerjasama dengan beberapa pengusaha bengkel membaiki kereta. Jika kereta pemandu menghadapi sebarang kerosakan, mereka boleh mengunjungi bengkel berkenaan dan menikmati harga istimewa.

“Selain itu, kami turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat insurans bagi memudahkan pemandu-pemandu kami memperbaharui cukai jalan mereka jika sudah tamat tempoh,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN