fbpx

Liverpool masih terus dahagakan kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBERTSON (tengah) mahu para pemain menjadikan kejayaan sebagai satu kebiasaan selepas mereka menamatkan penantian 30 tahun menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris. – AFP

LIVERPOOL – Pemain pertahanan Liverpool, Andy Robertson menegaskan dia dan rakan sepasukan sedia melakukan apa sahaja bagi memenangi lebih banyak trofi musim depan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu bakal menerima trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebaik tamat perlawanan menentang Chelsea di Anfield awal pagi esok selepas 30 tahun menanti.

Meskipun selesa menjuarai EPL dengan perbezaan 18 mata, namun Robertson mengakui dia masih belum puas untuk memburu gelaran lain musim depan.

“Kami tidak mahu kemenangan ini hanya hadir sekali-sekala. Kami mahu ia menjadi kebiasaan buat Liverpool kerana perasaan itu sungguh menakjubkan.

“Selepas memenangi Liga Juara-Juara, kami terus bersemangat untuk memenangi setiap kejuaraan yang dipertandingkan musim depan,” kata Robertson.

Meskipun pasukan lain sudah mula mendapatkan pemain-pemain baharu, namun pemain antarabangsa Scotland itu tidak gentar dan sedia berdepan cabaran baharu.

“Semua kelab mula memperkemaskan pasukan masing-masing dengan mendapatkan pemain baharu tetapi saya yakin Liverpool sudah cukup bagus dan bersedia,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI