fbpx

KPKT yakin kerajaan pertimbang cadangan kenaikan elaun anggota bomba bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (kiri) menerima penganugerahan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) yang disampaikan oleh Mohammad Hamdan.

Oleh MOHD. HUSNI BIN MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yakin kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan kenaikan elaun tugasan anggota bomba bantuan daripada RM6 kepada RM8 sejam.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib berkata, kerajaan sedia ada pada hari ini sangat prihatin terhadap masalah rakyat apatah lagi sukarelawan yang bertugas seperti anggota bomba bantuan.

Beliau berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk membela nasib anggota bomba bantuan berkenaan.

“Bukan kita nak lahirkan rasa tidak puas hati dan cemburu dengan pasukan penguatkuasaan lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebaliknya tugas anggota bomba bantuan juga amatlah berat.

“Jadi saya berharap kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin prihatin dengan isu ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail hadir di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi menerima penganugerahan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohammad Hamdan Wahid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI