fbpx

KOM sedia beri peluang muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUP WEI mahu melakar sejarah dalam penyertaannya pada Sukan Olimpik 2020, Tokyo yang bermula 23 Julai ini.

KETUA jurulatih skuad olahraga negara, Mohd. Manshahar Abdul Jalil mengakui, Kesatuan Olahraga Malaysia akan memastikan atlet-atlet muda mampu meneruskan kesinambungan kejayaan barisan senior.

Bagi Manshahar, pentas Sukan SEA boleh menjadi platform permulaan buat pelapis-pelapis kebangsaan memandangkan ada di antara atlet-atlet senior bakal membuat penampilan terakhir pada temasya dwitahunan tersebut.

“Kita perlu membimbing atlet muda kerana satu hari nanti karier atlet-atlet senior akan berakhir juga seperti (Lee) Hup Wei dan lain-lain yang mungkin bakal menjadi Sukan SEA terakhir mereka.

“Sudah pasti kita perlu ada perancangan awal supaya dapat melahirkan pelapis sehebat atlet-atlet senior yang kita ada bagi memastikan berlakunya proses kesimbangunan itu kepada negara,” katanya.

Majlis Sukan Negara (MSN) sedia mengikut polisi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang mahu menghantar lebih ramai atlet muda ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam dari 21 November hingga 2 Disember.

Dua badan induk sukan itu juga mahu atlet-atlet senior yang terpilih ke Sukan SEA 2021 mampu meraih pingat emas kerana tahap temasya berkenaan lebih rendah jika dibandingkan dengan Sukan Asia atau Sukan Komanwel.

“Ia langkah yang baik kerana Sukan SEA adalah kejohanan yang lebih rendah tahap kompetitifnya.

“Atlet muda perlu diberikan peluang bertanding kerana ini adalah proses buat mereka pada masa akan datang. Ia sesuatu yang bagus kalau memang layak ke Sukan SEA dan bagus mampu membantu proses ke tahap lebih tinggi.

“Bagaimanapun, atlet senior juga sememangnya boleh terus menyumbang tenaga dan pingat buat negara,” jelasnya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI