fbpx

Empat penagih khayal pil kuda ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penagih dadah berjaya ditangkap anggota AADK di Selising, Pasir Puteh, hari ini.

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Empat lelaki yang sedang khayal akibat menagih pil kuda ditahan dalam serbuan yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di empat buah rumah berasingan di Selising di sini hari ini.

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd. Zain berkata, lapan anggota AADK mengadakan serbuan pada pukul 8 pagi menerusi Ops Sharp dari rumah ke rumah selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

Jelasnya, penagih yang ditangkap berusia antara 24 hingga 33 tahun melibatkan seorang penganggur manakala tiga lagi bekerja sebagai buruh kasar.

“Ujian awal saringan air kencing di rumah suspek mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Dua suspek merupakan penagih tegar manakala dua lagi penagih baharu. Pemeriksaan di sekitar rumah gagal menemukan sebarang jenis dadah.

“Operasi ini digerakkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengikut garis panduan dan operasi standard yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Azlina, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah kerana gerakan lebih berfokus kepada rumah yang menjadi sarang penagih dadah.

“Kita sudah mengenal pasti mereka yang menagih dadah selepas risikan dijalankan.

“Jangan anggap melepaskan gian dengan berkurung di rumah semasa PKPP tidak dapat dihidu anggota kami,” katanya.

Menurutnya, ujian awal saringan air kencing di rumah suspek mendapati kesemua mereka positif methamphetamine.

Jelasnya, kesemua suspek yang terbabit ditahan dan dibawa ke AADK Pasir Puteh untuk menyelesaikan dokumentasi tangkapan.

Tambah Azlina, keempat-empat suspek direman mengikut Seksyen 4(1)(b)Akta Pemulihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 di Pusat Tahanan Reman Pasir Mas dekat sini bermula esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)Akta Pemulihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI