fbpx

Anggota H5 positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota kumpulan H5, Honey dan K.

DUA anggota kumpulan H5, Honey dan K disahkan positif Covid-19 selepas terlibat dalam pementasan muzikal The Jinro-Who Is The Flower Boy Wolf Idol? di Jepun baru-baru ini.
Berita tersebut disahkan agensi mereka pada 16 Julai lalu.

Kedua-duanya diminta menjalani ujian saringan Covid-19 selepas 30 kes baharu dikesan dalam kalangan penonton dan staf yang hadir ke pementasan tersebut di Tokyo.

Agensi mendedahkan, pada awalnya mereka tidak menunjukkan sebarang simptom dan keputusan menunjukkan negatif.

Namun, selepas pemeriksaan kedua dijalankan, Honey, 36, dan K, 35, disahkan dijangkiti virus berkenaan. Kedua-duanya kini menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Bagaimanapun, seorang lagi anggota H5 iaitu Ren yang turut diminta membuat ujian saringan didapati negatif tetapi tetap menjalani kuarantin di kediamannya.
Sedar dengan keprihatinan peminat, agensi Honey dan K membuat permohonan maaf dan menyatakan kedua-duanya kini stabil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI