fbpx

22 mangsa banjir Bandar Baharu pindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah mangsa banjir kilat di Mukim Bagan Samak, Bandar Baharu akibat hujan lebat malam tadi.

Oleh AZAHAR HASHIM

BANDAR BAHARU – Seramai 22 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas Kampung Sungai Tepus dan Kampung Pasir Debu di Mukim Bagan Samak di sini dilanda banjir kilat malam tadi.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, kesemua mangsa terdiri daripada lapan lelaki, sembilan perempuan dan lima kanak-kanak ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu.

“Sebanyak enam buah rumah dinaiki air akibat limpahan Sungai Tepus dan air dari kawasan bukit berhampiran kira-kira pukul 8 malam tadi berikutan hujan lebat lebih dua jam di daerah ini.

“Paras air semakin meningkat sehingga 0.5 meter dan ekoran itu, sebuah PPS dibuka kira-kira pukul 10.30 malam tadi,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, setakat ini tiada penambahan mangsa dan keadaan banjir mulai surut.

“Ada mangsa yang telah pulang untuk membersihkan rumah,” ujarnya.

Tambahnya, antara agensi yang terlibat dalam operasi membantu mangsa banjir adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Bandar Baharu, Pejabat Penghulu dan Jabatan Sukarelawan Malaysia serta pihak sekolah. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI