fbpx

10,000 peluang sertai latihan perantis dibuka untuk belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (dua dari kanan) menghadiri majlis pelancaran Skim Perantis Nasional di Menara KBS di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Sekurang-kurangnya 10,000 peluang untuk belia mendapatkan pengalaman pekerjaan telah disediakan melalui inisiatif latihan perantis dalam usaha memperkasa dan mendaya upaya golongan tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, inisiatif tersebut yang dinamakan Skim Perantis Nasional merupakan hasil kolaborasi rentas kementerian di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kerja Raya (KKR) juga Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Susulan penularan Covid-19, kita dapat lihat bagaimana ekonomi dan perniagaan hampir lumpuh mengakibatkan ramai dibuang kerja malah Jabatan Perangkaan Malaysia juga telah mengumumkan bahawa kadar pengangguran turut meningkat hingga 5.3 peratus atau melibatkan kira-kira 826 ribu orang.

“Susulan itu, skim ini diharap dapat membuka peluang sekaligus memperkasakan golongan belia dengan menyediakan peluang latihan dan perantisan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran skim berkenaan di Menara KBS di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Menurut Reezal Merican, rakan strategik paling utama di peringkat awal penubuhan skim tersebut, Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), telah menawarkan sebanyak 7,800 peluang untuk menyertai program perantisan yang akan ditempatkan di syarikat-syarikat pembinaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI