fbpx

Wanita gelang merah dirawat di HRPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular seorang wanita yang memakai gelang kuarantin di rumah menikmati roti canai di percayai di Perak.

IPOH – Seorang wanita dipercayai pesakit di bawah pengawasan (PUS) wabak Covid-19 yang makan di sebuah restoran di Meru Raya seperti yang tular di media sosial semalam, kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Menurut sumber, wanita berusia 72 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu sebelum dia diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Pada saringan pertama, ujian terhadap warga emas tersebut didapati negatif dan dia dipakaikan gelang berwarna pink tersebut.

“Bagaimanapun dia bersama keluarganya singgah di kafe berkenaan pada 6 Julai lalu untuk bersarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya,” katanya.

Tambah sumber lagi, gambar yang menunjukkan wanita tersebut makan di kafe itu baru sahaja tular sejak kelmarin.

“Saringan kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin pula mendapati wanita tersebut positif Covid-19 dan dia telah ditahan wad HRPB sejak 17 Julai lalu.

“Anak lelakinya turut didapati positif Covid-19 dan dirawat di hospital sama,” katanya.

Katanya, berdasarkan penjelasan pihak kesihatan, kandungan virus mereka adalah kurang dan risiko menjangkiti orang lain juga kurang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan maklumat berkenaan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud menasihatkan orang awam agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masih berjalan dan kes Covid-19 juga masih bertambah di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI