fbpx

Rekod Messi ubati duka Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kanan) berjaya memadam rekod yang dipegang Zarra apabila muncul sebagai penjaring terbanyak La Liga sebanyak tujuh kali. – AFP

BARCELONA – Bintang Barcelona, Lionel Messi terus mencipta sejarah baharu di Sepanyol apabila memenangi gelaran penja­ring terbanyak saingan La Liga buat kali ketujuh dalam karier profesionalnya.

Messi, 33, meraih Anugerah Pichichi itu selepas menamatkan saingan La Liga musim ini de­ngan 25 gol, lebih empat jaringan berbanding pencabar terdekatnya yang juga penyerang sensasi Real Madrid, Karim Benzema.

Ia sekali gus menyaksikan pemenang enam Anugerah Ballon d’Or itu berjaya memadam rekod jumlah gelaran penja­ring terbanyak La Liga yang sebelum ini dipegang legenda Athletic Bilbao, Tel­mo Zarra iaitu enam kali.

Kejayaan itu hadir selepas Mes­si berjaya meledak dua gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Deportivo Alaves di Stadium Men­dizorrotza malam kelmarin.

Bagaimanapun, kapten Argentina itu terkilan kerana kejayaannya itu gagal membantu The Catalan bergelar juara La Liga musim ini.

“Gol dan anugerah peribadi adalah perkara kedua. Saya akan lebih gembira kalau kejayaan ini diiringi dengan gelaran liga buat Barcelona,” katanya.

Tiga lagi gol Barcelona dalam perlawanan terakhir liga itu dijaringkan Ansu Fati, Luis Suarez dan Nelson Semedo.

Cubaan Benzema untuk memintas jumlah gol Messi tidak menjadi kenyataan apabila dia ga­gal mencetak nama sebagai salah seorang penjaring ketika Real seri 2-2 dengan Leganes di Estadio Municipal de Butarque awal pagi semalam.

Barcelona selepas ini akan menumpukan fokus seterusnya menentang Napoli pada 8 Ogos ini dalam aksi timbal balik pe­ringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas sekadar seri 1-1 ketika perlawanan pertama, Februari lalu untuk mengubati kekecewaan di pentas domestik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN