fbpx

Pekerja asing maut tertimbus tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis sedang menjalankan siasatan kejadian seorang warga asing ditemui mati tertimbus di sebuah tapak pembinaan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam.

PETALING JAYA – Seorang pekerja warga asing maut akibat tertimbus di sebuah tapak pembinaan di Kota Damansara di sini semalam.

Kejadian pukul 12.58 tengah hari itu berlaku ketika mangsa berusia 35 tahun sedang melakukan kerja-kerja pemasangan paip pembuangan air bawah tanah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Nik Ezanee Mohd. Faizal berkata, mangsa dikatakan terperangkap bawah runtuhan tanah selepas tanah dinding berhampiran tempat kerjanya runtuh.

“Runtuhan berlaku dalam bentuk ketulan besar lalu menimbus mangsa sepenuhnya. Mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI